November 4, 2012

SMKBT MENERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA KONVENSYEN PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

3 November 2012: Hotel Traders Muar
Ummu Hazira Hani Johan
menerima sijil dan pingat Perak ARPRM 2012
Ummu Hazira Johan, anak sulong kepada Penyelia Kokurikulum Daerah Kulaijaya, Johan Hj Nasir antara 80 penerima anugerah tahap Perak dari SMK Bandar Tenggara. Muhammad Amin Marozan dan Nur Aqilah Ahmad pula merupakan anak kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Murni Jaya dan SMK Bandar Tenggara yang turut menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak pada petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Hj Md Jais Sarday mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah tahap Perak sempena Konvensyen Program Anugerah Remaja Perdana Tahun 2012 di Hotel Traders Muar.

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Muar dinobatkan sebagai Badan Operasi teraktif tahun ini dikuti dengan Daerah Segamat tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Daerah Kota Tinggi.

Pemimpin ARPRM SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi
Unit ARPRM Sekolah Teraktif 2012

Manakala SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya dianugerahkan sebagai Unit ARP Rakan Muda Teraktif Negeri Johor Tahun 2012. Sekolah SMKBT telah berjaya menghasilkan seramai 80 peserta Perak tahun ini berbanding 31 tahun lepas. Peningkatan ini disebabkan kesedaran murid/pelajar akan kepentingan 10% markah kokurikulum, serta markah tambahan (bonus) yang diperolehi jika mereka terlibat dan berjaya menerima pingat daripada Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

80 peserta Perak 2012 bersama Penyelia PPD Daerah Kulaijaya, Pegawai JBS Johor Bahru,Halim Md Isa
Lihat lagi dalam blog pengurusan kokurikulum