October 20, 2012

134 PESERTA GANGSA MENERIMA ANUGERAH SEMPENA HARI CEMERLANG KOKURIKULUM 2012

20 Oktober 2012 : Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara


Menerima Sijil dan Pingat Gangsa ARPRM 2012

Seramai 134 orang peserta dari SMK Bandar Tenggara telah menerima anugerah pingat Gangsa daripada Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla di Dewan Permata pagi tadi,

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu dalam ucapannya, beliau berterima kasih di atas kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor kerana memberikan pengiktirafan kepada pelajar sekolah ini dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2012 bertemakan Kokurikulum Penjana Jati Diri Murid, khususnya kepada penerima anugerah cemerlang kokurikulum dari kalangan murid dan juga guru dan dalam masa yang sama menerima anugerah dari Kementerian Belia dan Sukan pada tahap pertama iaitu gangsa.

Serampang dua mata ini membolehkan murid/pelajar mencapai tahap cemerlang dalam penilaian 10% markah kokurikulum pada tahun ini.

Wakil Pengetua, Anim Mohamad Jaib menyampaikan ucapan
alu-aluan dalam majlis anugerah.

Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamaed Jaib dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPD Kulaijaya kerana hadi rdan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2012.

Turut hadir,Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Hj Baharudin Mohd Sham, Penolong Pengarah JBS Johor, Noremelia Rosla, Guru Kanan Pentadbiran, guru-guru dan ibu bapa penerima anugerah.

Wakil Rasmi PPD Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu

Menerima Anugerah Gangsa Tahun 2012
Tabik hormat dari Kadet Polis (Puteri)

Ketibaan wakil rasmi disambut dengan bunga manggar, pukulan kompang, tabik hormat oleh Kadet Polis Puteri, pencak silat dan alunan gamelan pelajar SMk Bandar Tenggara.




Penerima anugerah

Yang Dipertua PIBG, Hj Baharudin Mohd Sham bersama pegawai protokol Zolkeple Jemadar









October 19, 2012

PROSES PENILAIAN ANUGERAH PERAK - PELAJAR MENIMBA PENGALAMAN SEBELUM BERKERJAYA

20 Oktober 2012: Pengalaman pertama proses temuduga sebelum berkerjaya.

Peserta ditemuduga oleh pegawai Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Johor
Seramai 59 orang calon Perak SMK Bandar Tenggara bagi fasa pertama, bermula 18 dan 19 Oktober lepas telah menjalani temuduga untuk pertaulihan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajajaran Negeri Johor.

Fasa kedua nanti seramai 20 orang pelajar lagi akan ditemuduga pada 25 Oktober 2012 ini setelah menamatkan Penjelajahan Lasak di Tanjung Balau, Desaru Kota Tinggi.

Pengiktirafan ini berdasarkan 4 komponen yang perlu diselesaikan dalam tempoh satu tahun. Komponen tersebut ialah khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.

Pengalaman ini sangat berguna kepada pelajar sebelum mereka menceburi alam pekerjaan. Mereka berhadapan dengan penemuduga yang sudah tentunya memfokuskan kepada penampilan diri, penguasaan bahasa dan kecekapan berbicara, keyakinan, menyampaikan dan memberikan hujah serta idea seseorang individu.  

Turut menjadi panel temuduga ialah Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla yang baru sahaja bertukar ke PJBS Negeri Johor bulan Februari lepas. Dua panel temuduga lagi ialah Pegawai Rakan Muda Negeri Johor iaitu Hjh Supiati Sahuni dan Sivamani.

Pemahaman Konsep ARPRM - 20%
Penglibatan pelajar dalam ARPRM - 30%
Bersama urusetia JBS Johor Bahru, Halim.
Kelihatan ceria selepas temuduga Perak.