November 4, 2012

SMKBT MENERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA KONVENSYEN PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

3 November 2012: Hotel Traders Muar
Ummu Hazira Hani Johan
menerima sijil dan pingat Perak ARPRM 2012
Ummu Hazira Johan, anak sulong kepada Penyelia Kokurikulum Daerah Kulaijaya, Johan Hj Nasir antara 80 penerima anugerah tahap Perak dari SMK Bandar Tenggara. Muhammad Amin Marozan dan Nur Aqilah Ahmad pula merupakan anak kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Murni Jaya dan SMK Bandar Tenggara yang turut menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak pada petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Hj Md Jais Sarday mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah tahap Perak sempena Konvensyen Program Anugerah Remaja Perdana Tahun 2012 di Hotel Traders Muar.

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Muar dinobatkan sebagai Badan Operasi teraktif tahun ini dikuti dengan Daerah Segamat tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Daerah Kota Tinggi.

Pemimpin ARPRM SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi
Unit ARPRM Sekolah Teraktif 2012

Manakala SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya dianugerahkan sebagai Unit ARP Rakan Muda Teraktif Negeri Johor Tahun 2012. Sekolah SMKBT telah berjaya menghasilkan seramai 80 peserta Perak tahun ini berbanding 31 tahun lepas. Peningkatan ini disebabkan kesedaran murid/pelajar akan kepentingan 10% markah kokurikulum, serta markah tambahan (bonus) yang diperolehi jika mereka terlibat dan berjaya menerima pingat daripada Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

80 peserta Perak 2012 bersama Penyelia PPD Daerah Kulaijaya, Pegawai JBS Johor Bahru,Halim Md Isa
Lihat lagi dalam blog pengurusan kokurikulum

October 30, 2012

80 PELAJAR SMK BANDAR TENGGARA LAYAK MENERIMA ANUGERAH PERAK 2012

Keputusan Temuduga PeraK 2012

Pelajar Katering dan Penyajian antara yang berjaya menerima  anugerah Perak
Senarai nama pelajar lain

Seramai 80 pelajar SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya telah berjaya dalam temuduga untuk tahap Perak Tahun 2012. Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla telah memaklumkan keputusan tersebut tempoh hari.

Konvensyen Program Remaja Perdana Peringkat Negeri Johor akan diadakan pada 3 November 2012 (Sabtu) di Hotel Traders Muar, Johor. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Yang Berhormat Hj Md Jais Hj Sarday akan merasmikan majlis yang gilang-gemilang tahun ini. Peserta Perak seramai 400 orang dari seluruh negeri Johor akan menghadirinya.

Hotel Traders Muar, Johor

Penerima anugerah Perak akan diberikan taklimat oleh pemimpin ARPRM, Ahmad Survi pada hari Khamis, jam 2.45 petang di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.

Agenda utama taklimat tersebut ialah ucapan tahniah dari pengetua/ wakil, penyampaian surat tahniah kepada ibu bapa/penjaga, pakaian semasa menerima anugerah, logistik dan aturcara majlis.



October 20, 2012

134 PESERTA GANGSA MENERIMA ANUGERAH SEMPENA HARI CEMERLANG KOKURIKULUM 2012

20 Oktober 2012 : Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara


Menerima Sijil dan Pingat Gangsa ARPRM 2012

Seramai 134 orang peserta dari SMK Bandar Tenggara telah menerima anugerah pingat Gangsa daripada Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla di Dewan Permata pagi tadi,

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu dalam ucapannya, beliau berterima kasih di atas kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor kerana memberikan pengiktirafan kepada pelajar sekolah ini dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2012 bertemakan Kokurikulum Penjana Jati Diri Murid, khususnya kepada penerima anugerah cemerlang kokurikulum dari kalangan murid dan juga guru dan dalam masa yang sama menerima anugerah dari Kementerian Belia dan Sukan pada tahap pertama iaitu gangsa.

Serampang dua mata ini membolehkan murid/pelajar mencapai tahap cemerlang dalam penilaian 10% markah kokurikulum pada tahun ini.

Wakil Pengetua, Anim Mohamad Jaib menyampaikan ucapan
alu-aluan dalam majlis anugerah.

Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamaed Jaib dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPD Kulaijaya kerana hadi rdan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2012.

Turut hadir,Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Hj Baharudin Mohd Sham, Penolong Pengarah JBS Johor, Noremelia Rosla, Guru Kanan Pentadbiran, guru-guru dan ibu bapa penerima anugerah.

Wakil Rasmi PPD Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu

Menerima Anugerah Gangsa Tahun 2012
Tabik hormat dari Kadet Polis (Puteri)

Ketibaan wakil rasmi disambut dengan bunga manggar, pukulan kompang, tabik hormat oleh Kadet Polis Puteri, pencak silat dan alunan gamelan pelajar SMk Bandar Tenggara.




Penerima anugerah

Yang Dipertua PIBG, Hj Baharudin Mohd Sham bersama pegawai protokol Zolkeple Jemadar









October 19, 2012

PROSES PENILAIAN ANUGERAH PERAK - PELAJAR MENIMBA PENGALAMAN SEBELUM BERKERJAYA

20 Oktober 2012: Pengalaman pertama proses temuduga sebelum berkerjaya.

Peserta ditemuduga oleh pegawai Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Johor
Seramai 59 orang calon Perak SMK Bandar Tenggara bagi fasa pertama, bermula 18 dan 19 Oktober lepas telah menjalani temuduga untuk pertaulihan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajajaran Negeri Johor.

Fasa kedua nanti seramai 20 orang pelajar lagi akan ditemuduga pada 25 Oktober 2012 ini setelah menamatkan Penjelajahan Lasak di Tanjung Balau, Desaru Kota Tinggi.

Pengiktirafan ini berdasarkan 4 komponen yang perlu diselesaikan dalam tempoh satu tahun. Komponen tersebut ialah khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.

Pengalaman ini sangat berguna kepada pelajar sebelum mereka menceburi alam pekerjaan. Mereka berhadapan dengan penemuduga yang sudah tentunya memfokuskan kepada penampilan diri, penguasaan bahasa dan kecekapan berbicara, keyakinan, menyampaikan dan memberikan hujah serta idea seseorang individu.  

Turut menjadi panel temuduga ialah Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla yang baru sahaja bertukar ke PJBS Negeri Johor bulan Februari lepas. Dua panel temuduga lagi ialah Pegawai Rakan Muda Negeri Johor iaitu Hjh Supiati Sahuni dan Sivamani.

Pemahaman Konsep ARPRM - 20%
Penglibatan pelajar dalam ARPRM - 30%
Bersama urusetia JBS Johor Bahru, Halim.
Kelihatan ceria selepas temuduga Perak.

August 30, 2012

PENYERAHAN BUKU DIARI GANGSA PRA UNIVERSITI TAHUN 2012

30 Ogos 2012: Terima Buku Diari Gangsa
Ikrar Peserta ARPRM Tahun 2012
Seramai 127 orang pelajar pra universiti menjadi peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) melafaskan ikrar menjadi peserta ARPRM bagi tahun 2012.

IKRAR PESERTA

'' Saya peserta tahap Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)/ The International Award for Young People berikrar untuk memberikan sepenuh komitment dalam usaha saya untuk mencapai objektif ARPRM, seperti yang dinyatakan dalam falsafah ARPRM, bermula pada bulan Mei 2012.

Saya juga mengaku bahawa penyertaan ini adalah secara sukarela dengan tujuan memajukan diri, keluarga, komuniti dan negara saya."

Majlis penyerahan buku diari Gangsa oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Hj Mohmad Hashim.

Lafaskan Ikrar menjadi peserta ARPRM

Lafas Ikrar ARPRM

Lafas Ikrar peserta ARPRM

Mendengar Taklimat dari pemimpin ARPRM Sekolah
En Ahmad Survi

Penyerahan Buku Diari Gangsa





August 29, 2012

TAKLIMAT PEREKODAN BUKU GANGSA DAN PERAK 2012

29 Ogos 2012 : Dewan Permata SMK Bandar Tenggara

Pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim
Pengetua sekolah, Tuan Hj Mohmad Hashim seringkali membawa cerita menarik yang berkait rapat dengan sesuatu program yang dilaksanakan di peringkat sekolah.

Kali ini beliau menceritakan syarikat komputer yang baru berjaya menyaingi syarikat besar dengan usaha yang gigih. Kesungguhan serta komitment seseorang pengurus itu dapat direalisasikan apabila mendapat kerjasama yang tinggi oleh orang bawahannya termasuklah kakitangan dan pekerja. Pelbagai inovasi telah dibuat. Akhirnya dikenali di mata dunia.

Kaitan ini ditujukan kepada pelajar sekolah ini jika ingin menjadi cemerlang kita perlu gigih, rajin, penuh komitment, memberi tumpuan dan fokus terhadap pelajaran. Fokus kepada bidang akademik dan dalam masa yang sama berupaya meningkatkan pencapaian kokurikulum. Usaha sekolah melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan satu inovasi yang berwawasan dan mempuyai matlamat yang jelas untuk membantu pelajar berjaya mendapat A dalam penilaian 10% markah kokurikulum.

Pemimpin ARPRM
Menyampaikan taklimat perekodan
Pemimpin ARP Rakan Muda peringkat sekolah, Ahmad Survi  menyatakan objektif utama program ini ialah untuk meningkat lagi Gred Purata Sekolah (GPS) di bidang kokurikulum. Pencapaian GPS Kokurikulum pada tahun lepas ialah 2.28 iaitu bersamaan 56.91 %. Seramai 88 pelajar mendapat gred A, 389 B, 211 C, 39 orang pelajar mendapat D dan tiada yang gagal. Pencapaian ini akan dapat ditingkatkan lagi jika pelajar yang mendapat D dan C dapat dikurangkan.

Penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui program ARP Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pelajar akan diberikan pertauliahan dan pengiktirafan melalui tiga tahap, iaitu Gangsa, Perak dan Emas.Di bidang kokurikulum ketiga-tiga tahap tersebut membawa markah bonus iaitu 5 untuk Gangsa, 7 Perak dan 10 untuk Emas.

Pengacara Majlis
Pn Nor Aiman Tajudin dan Cik Ainnezah Asni 

Sesi penggambaran
Calon-calon Peserta Perak 2012


Mengira jumlah bulan dan jam selari dengan
syarat penganugerahan
Mengisi borang penilaian ARPRM

August 27, 2012

PENYERAHAN BUKU GANGSA DAN PERAK TAHUN 2012

28 Ogos 2012: Penyerahan Buku Gangsa dan Perak Tahun 2012.

Peserta Gangsa ARPRM
SMK Bandar Tenggara

Sesi taklimat akan diadakan di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara, pada 29 Ogos 2012 bermula jam 2.30 - 5.00 petang. Semua peserta gangsa dan perak yang belum menyerahkan buku tersebut dikehendaki hadir.

Agenda:-
1. Bacaan Doa
2. Ucapan pengetua.
3. Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
    - 4 Komponen ARPRM
       i)   Khidmat Masyarakat
       ii)  Kemahiran
       iii) Rekreasi Fizikal
       iv) Penjelajahan Lasak
4. Kaedah Penulisan dalam Buku Diari Gangsa dan Perak.
  Contoh perekodan Diari Gangsa dan boleh di muat turun untuk rujukan peserta :-
1. Khidmat Masyarakat
2. Kemahiran
3. Rekreasi Fizikal
4. Penjelajahan Lasak.

Contoh perekodan Diari  Perak dan boleh di muat turun untuk rujukan peserta :-
Perkhemahan Perdana dan Penjelajahan Lasak ARPRM.
    Jumlah peserta : 180 pelajar.
    Format penulisan Pingat Perak - Contoh
5. Penerimaan Buku Gangsa dan Perak.
6. Bersurai.

July 22, 2012

PENGUCAPAN AWAM BERKESAN

MAKLUMAT LANJUT
Adam Azman
Pemidato Terbaik Negeri Johor
Adam Azman peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), SMK Bandar Tenggara telah dinobatkan sebagai pemidato terbaik KArnival Pelajar PraUniversiti Kali Ke-5, Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 baru-baru ini. Adam akan mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan September nanti.



Haffiz M.Ramlee, Ketua Pembangkang
Pembahas Terbaik Negeri Johor
Manakala Muhammad Haffiz M. Ramlee, juga peserta pingat Gangsa ARPRM, selaku ketua pembangkang telah muncul menjadi pembahas terbaik peringkat negeri Johor.

Maklumat lanjut sila klik di sini

Pelajar Prauniversiti  SMK Bandar Tenggara yang turut sama membawa kejayaan sekolah ialah Nurul Shazwani Nordin, Nurul Ain Ismail, Mohamad azrin Mohd Baharudin, Akmal Ibrahim, Izzati Ahmad Kamar dan Khairunnisa Amani  Kamarudin.

June 25, 2012

TAKLIMAT PEREKODAN PINGAT GANGSA DAN PERAK TAHUN 2012

20 Jun 2012: Bilik Seminar SMKBT

Peserta Gangsa
Modal insan yang mempunyai minda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangakan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan manusia yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Sehubungan dengan itu pelbagai usaha perlu dijalankan bagi memastikan matlamat tercapai. Antaranya ialah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang diperkenalkan di sekolah ini pada tahun 2009 telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan.

Peserta Gangsa/Perak

June 1, 2012

KEM INTERAKTIF EMAS

2 Jun 2012: Hala Tuju Peserta Emas

Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Rakan Muda, Dr Mohd Ghani Mohd Yusof dalam ucapannya menyatakan Kem Interaktif adalah satu platform bagi melahirkan pimpinan muda di bawah program Rakan Muda Tahap Emas. Adalah menjadi harapan agar para peserta Emas Malaysia dapat memperkasakan diri dengan memberikan sumbangan kepada negara selepas tamat tahap Emas melalui penglibatan yang aktif dalam pembangunan negara.

Kem Interaktif Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Zon Selatan 2012 ini akan diadakan pada 16 - 20 Jun 2012 di Taman Negara Johor, Endau-Rompin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBS), JBS Negeri Melaka, JBS Negeri Sembilan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Ikatan Rela Negeri Johor (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor (JPAM), Taman Negara Johor dan MOI Adventure di atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Hjh Supiati Sahuni membentangkan kertas konsep Kem Interaktif Emas ARPRM selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Kumpulan sasar seramai 100 orang peserta tahap Emas adalah berumur di antara 16 hingga 25 tahun, dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Tentatif program juga dibentangkan dan dibicangkan bersama.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Pengarah Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (KBS); Sabran Abd Bahar dan pemegang pingat Emas ARPRM, Ravichandran yang baru pulang dari London. Ravi turut mencadangkan bahawa program Pertubuhan Belia Emas Perdana (MAGAA) perlu diadakan dan dimasukkan dalam slot Latihan Dalam Kumpulan (LDP).

Wakil rasmi Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Hisham Mohd Yassin turut sama dalam mesyuarat yang berakhir pada jam 12.00 tengahari.

May 22, 2012

ARPRM DI PERINGKAT ANTARABANGSA

21 Mei 2012: Sila kunjungi Laman Web berikut :-

NATIONAL AWARD AUTHORITIES (NAAs)
Award Name: Angerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
The Rakan Muda Development Division of the National Department of Youth and Sports MAlaysia offers the Award Programme (known locally as the Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ) to young people in Malaysia.

Contact Details:
Ministry of Youth & Sport Malaysia, Level 2, KBS
Tower, Precinct 4 Federal Government
Administrative Center, 6250 Putrajaya.



May 20, 2012

MENTERI BESAR JOHOR MERASMIKAN HIMPUNAN BELIA ISKANDAR MALAYSIA JOHOR

20 Mei 2012 : Angsana, Johor Bahru

Gambar semasa pelancaran Himpunan 100,000 belia Johor 

Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 tahun ini telah diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Otman. Aktiviti J Robik telah disahkan mencapai tahap The Guiness Book of Records kerana berjaya mengadakan persembahan selama 26 jam tanpa henti.

Pada majlis berkenaan juga, Anugerah Pemimpin Belia atau Ikon Belia diberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian golongan belia dalam pelbagai bidang.

Seramai 40 murid dan 5 guru dari SMK Bandar Tenggara telah terlibat. Ketua rombongan, Shamsul Ihtihsham Musa berkata, pihak sekolah berterima kasih kepada penganjur kerana memberi peluang kepada murid sekolah ini. Sebanyak 75 jenis aktiviti daripada 13 segmen telah diadakan termasuklah cycle ball, motor cross, motorshow dan lain-lain lagi. Kumpulan C dari sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ke-6 dalam aktiviti treasure hunt.


Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi teruja dengan sukan baru yang ditunjukkan oleh kumpulan belia yang aktif bersukan. Sukan sensasi tersebut dipanggil skyrunner. Antara kebaikan sukan itu ialah seseorang individu itu boleh mengurangkan berat badan sehingga 7 kg selama sebulan tanpa mengambil ubat-ubatan yang terdapat di pasaran. Beliau sempat menemu ramah Pengarah Urusan, Syarikat Lamuning; Mohammed Amin Khan selama hampir setengah jam.

Turut serta dalam himpunan belia ialah Mohamad Hasry Mustakim, Ahmad Nazri Selamat dan Suriati Alias. Majlis telah berakhir pada jam 6.30 petang.

May 16, 2012

KEM INTERAKTIF PERDANA RAKAN MUDA EMAS 2012

17 Mei 2012: Peserta pingat perak berpeluang

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBS) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Kem Interaktif Perdana Rakan Muda 2012 peringkat Zon Selatan pada 16-20 Jun 2012 di Taman Negara Endau Rompin, Mersing.

Anggaran seramai 100 peserta emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda akan menyertai kem ini.
Matlamat kem adalah untuk memberikan input terkini serta hala tuju penyertaan.

Seramai 2 orang peserta terbaik dalam Perkhemahan Perdana dan Penjelajaan Lasak di Pusat Kokurikulum Negeri telah terpilih ke Taman Negara Peringkat Kebangsaan di Pulau Tinggi, Mersing.

Hakim Azman menerima cenderahati
daripada En Mansor Othman
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kulaijaya
Nur Atiqah Abu Hassan
Perserta terbaik

Peserta Perkhemahan Perdana dan Penjelajahan Lasak
Di Pusat Kokurikulum Negeri, Tasik Utara, Johor Bahru

HIMPUNAN REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012 (Hari kedua)

17 Mei 2012 : SMK Bandar Tenggara turut serta

Jadual Program
20 Mei 2012:
AKTIVITI KESELURUHAN
Pendaftaran iVolunteer
Pink Village
Kempen Derma darah
Karnival JOM Centre
Karnival Mesra Belia
Extreme Sport & Autoshow
Sukan Massa

9.00- 10.00 pagi
Pendaftaran Peserta
10.00 pagi
Minum pagi
10.30 pagi
Seminar Pencegah Jenayah
10.30 pagi - 3.00 petang
Lawatan Aktiviti
3.30 petang
Hall of Frame
(Anugerah Belia Negeri Johor 2012)

6.30 petang
Bersurai

HIMPUNAN BELIA ISKANDAR MALAYSIA JOHOR (hari pertama) 2012

17 Mei 2012 : SMK Bandar Tenggara turut serta

Jadual Program
Himpunan Remaja Perdana Rakan Muda Negeri Johor
Bersempena Himpunan Belia Iskandar Malaysia 2012

19 Mei 2012:
8.00 pagi - 12.00 malam      
Pendaftaran iVolunteer
Pink Village
Kempen Derma Darah
Karnival JOM Centre
Kaenival Mesra Belia
Extreme Sport & Autoshow
Sukan Massa

2.00 - 3.00 petang
Pendaftaran peserta

3.00 - 6.30 petang
Lawatan Aktiviti (4.30 petang - minum petang)

6.30 petang- 8.00 malam
Makan Malam
Pelancaran iVolunteer

9.30 malam
Minum malam

10.30 malam
Bersurai