1. KHIDMAT MASYARAKAT


Bandar Tenggara: 24 Disember 2011

Rakan Muda Masyarakat
Patriotisme, Cinta Negara dan Penyayang di samping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keperihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Pengawas Sekolah, Puat Sumber Sekolah, Pasukan Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab, Kelab Permainan, Kelab Pencegah Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Pengguna dan Kelab Prostar, Kelas/ Tingkatan, Surau, Dewan Permata dan apa jua aktiviti yang membantu masyarkat atau komuniti setempat dan luar.


SMK Bandar Tenggara  begitu komited melaksanakan program kemasyarakatan dan kali ini seramai 20 pelajar di bawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah menyertai khidmat masyarakat selama 4- 5 jam pada majlis perkahwinan anak Tuan Haji Aziman, di Taman Sayong Pinang, Kulaijaya Johor. 

Khidmat masyarakat buat kali pertama seumpama ini bertujuan untuk mengiratkan lagi ikatan siratulrahim di antara pelajar, kumpulan rewang, ibu bapa dan saudara mara pengantin.


Kumpulan 1
Nur Aiman Aliah Abdul Mohsin, Norain Selamat, Siti Nor Aliah Ta'ap, Nur Nabilah Zul, Nurul Shamella Tamirin, Muhamad Ridwan, Muhd Safiee Elias, Muhamad Hafizuddin Latif, Muhamaddad Hafiz Ramlee dan Mohamad Azrin Mohamad Baharudin.

Kumpulan 2
Nur Izyan Hazwani Suhadi, Nor Farhana Zainal Abidin, Zarina Haron, Atifah Aishah Abd Rashid, Zul Azmil Mat Sarop, Muhamad Adha Rohani, Muhammad Syahmi Bakri, Muhammad Hakim Abdul Rahman dan Fakhrul Radhi Rosli.

No comments:

Post a Comment