PENGENALAN

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertujuan untuk memberi pengiktirafan oleh pihak kerajaan atas penglibatan remaja Malaysia yang berumur antara 14 hingga 25 tahun dalam bidang-bidang yang menyumbang kepada proses pembangunan mereka melalui pendekatan lapan (8) Gaya Hidup Rakan Muda.


Sila kunjungi Laman Web di bawah untuk mendapatkan keterangan lanjut:-
NATIONAL AWARD AUTHORITIES (NAAs)


Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan Skim Anugerah yang bertaraf Antarabangsa. Anugerah ini telah diadaptasikan daripada The Duke of Edinburgh's Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Awards For Young People yang mula diperkenalkan pada tahun 1956.


Setakat ini, sebanyak 126 buah negara di seluruh dunia telah menyertai program Anugerah ini. Anugerah ini bukan suatu pertandingan tetapi lebih menekankan kepada cabaran individu selain daripada gaya hidup yang seimbang, fleksibel serta penglibatan secara sukarela yang berterusan dan menyeronokkan.


Ianya merupakan satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja dalam menanam nilai-nilai yang berkualiti seperti semangat, bekerjasama, sukarela, patriotik dan sebagainya ke arah pencapaian personaliti unggul.

No comments:

Post a Comment