Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor menutup rasmi perbengkelan Tahap Emas Peringkat Negeri Johor |
Ketua peserta bengkel Kamsani Subroto ditemui berkata, kami berterima kasih kerana mendapat peluang mengikuti bengkel selama 2 hari satu malam bermula Jumaat lepas. Banyak yang kami pelajari khususnya dalam pembuatan kertas konsep Projek Penempatan Remaja Perdana.
Katanya lagi Projek Penempatan adalah salah satu komponen wajib untuk setiap peserta tahap Emas disampiing komponen Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Penjelajahan Lasak yang perlu dilalui. Projek ini perlu memerlukan 5 hari 4 malam berturut-turut dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Pemegang tahap Emas 2010, Ravichandran a/l Balasubramaniam yang merupakan Youth Representative : Asia Pacific turut memberikan tip-tip penting dalam ceramahnya.
Turut hadir dalam majlis ini ialah pegawai Khas Kementerian Belia dan Sukan Kebangsaan, pegawai-pegawai JBS Negeri Johor diketuai oleh Hjh Supiati Sahuni, Faezah, Halim, Hizri dan Helmi. Begitu juga guru pemimpin Program Rakan Muda Sekolah dari beberapa buah sekolah negeri Johor turut menjayakannya.
Pegawai JBS dan guru sekolah |
Penyampaian sijil penyertaan |
Pemegang Tahap Emas 2010 turut memberikan motivasi kepada peserta bengkel |
Peserta bengkel bersama pihak penganjur |