PRESTASI

PENCAPAIAN ANUGERAH ARP RAKAN MUDA 2014
TAHUN 2010 - 2014


PENCAPAIAN ANUGERAH ARP RAKAN MUDA 2012

Pencapaian Tahun 2010, 2011 dan 2012

PENCAPAIAN TAHUN 2011

Penerima Pingat Perak 2011

Johor Bahru: 1 Oktober 2011
Seramai 265 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari seluruh negeri Johor telah menerima anugerah dalam satu Majlis Pertauliahan ARP Rakan Muda Perak peringakt Negeri Johor Tahun 2011 di Hotel Selesa Johor BAhru. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Tuan Haji Md Jais Mohd Sarday selaku Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Matlamat utama konvensyen yang diaanjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini adalah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang akan menjadi pengerak utama kepada kestabilan dan kemajuan negara satu masa nanti.

Selain itu juga, pengikhtiraf ini menjadi satu suntikan kepada semua peserta Perak untuk melangkah setapak lagi bagi memperolehi pingat Emas. Seramai
600 peserta yang hadir dalam konvensyen itu telah terpegun dan teuja dengan ucapan penuh bersemangat oleh dua orang pemegang pingat Emas, Suhail Mohamad Kamarudin dan Ravichandran a/l Balasubramaniam dalam satu majlis forum yang dipengerusikan oleh saudara Ahmad Nazreen Ahmad Othman dan Nurasikin Bardan dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Rakan Muda Peringkat Kebangsaan merangkap Pengarah Badan Berkuasa ARPRM; Wasitah Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan; Mohd Nor Mohd Said, timbalan dan penolong pengarah, pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan dari lapan buah daerah, guru penolong kanan sekolah menengah, guru pembimbing dan kaunseling, pemimpin-pemimpin ARPRM, NGO's dan peserta-peserta Gangsa dari seluruh negari Johor.

Penolong Pengarah Rakan Muda; Siti Mariam Tobias pula menajwab solan-seolan yang dikemukakan oleh peserta konvensyen. Antaranya ialah cara dan bagaimana menyiapkan pingat Emas di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada dalam dan luar negara.




Suhail Mohamed Kamarudin, Ahmad Survi,
Ravichandran a/l Balasubramaniam, Ahmad Nazreen Ahmad Othman
dan Nurasikin Bardan

Pemimpin-pemimpin SMK Bandar Tenggara
SMK Bandar Tenggara menerima Anugeah Unit ARPRM Sekolah Teraktif Tahun 2011.

1. Pengurusan ARPRM bersistematik.
2. Menyumbang khidmat kepada
    JBS.

3. Giat mempromosi program ARPRM di peringkat agensi kerajaan, sekolah dan swasta.

Semua sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Hj Md Jais Md Sarday.


 
Pingat Unit ARPRM Sekolah
Teraktif Tahun 2011



Sijil dan Pingat Perak yang diterima oleh
peserta SMK Bandar Tenggara 




1 comment:

  1. assalamualaikum dan salam satu malaysia . saya adalah peserta ARPRM dari daerah temerloh pahang , kini saya belajar di politeknik ibrahim sultan johor bahru , saya berminat sekiranya terdapat aktiviti PRP yang dapat saya sertai di negeri johor .

    mohamad_kamil94@yahoo.com

    ReplyDelete