March 9, 2014

KHIDMAT MASYARAKAT - 97 PESERTA PERAK KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI, KG SAYONG PINANG BERJAYA.

22 Februari 2014: Anjuran Prauniversiti - Khidmat Masyarakat
Khidmat Masyarakat Peserta Perak ARPRM
Program khidmat masyarakat pelajar Tingkatan Enam (peserta Perak) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Sayong Pinang disambut baik oleh pelajar, guru dan ibu bapa serta mendapat kerjasama erat daripada komuniti Balai Polis Bandar Tenggara yang diketuai oleh Inspektor Mutaffa Kamal Mohamad.

Pemangku Supt. Haji Rahmat Haji Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi turut hadir, menyampaikan ucapan rasmi dan melancarkan aktiviti konvoi bermotorsikal dari Balai Polis Bandar Tenggara ke Kampung Orang Asli Sayong Pinang sejauh 30 kilometer pergi dan balik.

Penyelaras program, Tuan Haji Zolkeple Jemadar dengan kerjasama Sub Inspektor, Yusof Muda ditemui berkata, program ini merupakan buat julung kalinya diadakan di sekolah membabitkan semua pelajar Tingkatan Enam Atas dengan menunggang motosikal masing-masing.  Taklimat keselamatan jalanraya telah disampaikan oleh Sarjan Mohd Tawal Abdul Manap. Katanya lagi, tujuan utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat luar. Disamping itu, mereka sentiasa diajar untuk mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya.

LINK KE LAMAN BLOG KOKURIKULUM