March 9, 2014

KHIDMAT MASYARAKAT - 97 PESERTA PERAK KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI, KG SAYONG PINANG BERJAYA.

22 Februari 2014: Anjuran Prauniversiti - Khidmat Masyarakat
Khidmat Masyarakat Peserta Perak ARPRM
Program khidmat masyarakat pelajar Tingkatan Enam (peserta Perak) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Sayong Pinang disambut baik oleh pelajar, guru dan ibu bapa serta mendapat kerjasama erat daripada komuniti Balai Polis Bandar Tenggara yang diketuai oleh Inspektor Mutaffa Kamal Mohamad.

Pemangku Supt. Haji Rahmat Haji Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi turut hadir, menyampaikan ucapan rasmi dan melancarkan aktiviti konvoi bermotorsikal dari Balai Polis Bandar Tenggara ke Kampung Orang Asli Sayong Pinang sejauh 30 kilometer pergi dan balik.

Penyelaras program, Tuan Haji Zolkeple Jemadar dengan kerjasama Sub Inspektor, Yusof Muda ditemui berkata, program ini merupakan buat julung kalinya diadakan di sekolah membabitkan semua pelajar Tingkatan Enam Atas dengan menunggang motosikal masing-masing.  Taklimat keselamatan jalanraya telah disampaikan oleh Sarjan Mohd Tawal Abdul Manap. Katanya lagi, tujuan utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat luar. Disamping itu, mereka sentiasa diajar untuk mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya.

LINK KE LAMAN BLOG KOKURIKULUM

February 8, 2014

KELAB SENI VISUAL KREATIF SEKOLAH MENAMATKAN KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK ARP RAKAN MUDA 2014

8 februari 2014: Johor Lama

Kelab Seni Visual Kreatif di Johor Lama
Perkhemahan yang dianjurkan oleh Kelab Seni Visual Kreatif Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara bermula pada 6 hingga 8 Februari di Johor Lama berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.


Penyelaras dan Logo Baru Kelab Seni Visual 2014
Iskandarrani Mohamed, penyelaras ditemui berkata, program yang dianjurkan ini adalah untuk calon-calon Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) yang akan mengambil matapelajaran Seni Visual Tahun 2014.
Antara objektifnya ialah untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran "Out Door Sketch" dalam bidang seni lukis dan dalam masa yang sama membuat khidmat masyarakat di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor.
Johor Lama, Kota Tinggi

January 3, 2014

TAKLIMAT ARP RAKAN MUDA TAHUN 2014

2 Januari 2014: Taklimat ARPRM Tingkatan Satu dan Empat
Hafilah Hamzah, Guru Pemimpin Sekolah
Hafilah Hamzah, guru pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menyampaikan taklimat di Dewan Permata sempena Hari Orientasi Murid Tingkatan Satu dan Empat.

Tujuan: Mendedahkan kepada murid tentang kepentingan dan kebaikkannya setelah murid melaksanakan dan terlibat secara langsung dalam semua aktiviti kokurikulum sekolah dan dalam masa yang sama mendapat anugerah daripada Kementerian Belia dan Sukan. 

Tiga elemen utama bidang kokurikulum ialah pasukan badan beruniform; kedua persatuan dan kelab; ketiga ialah sukan dan permaian. Ketiga-tiga elemen ini sejajar dengan komponen ARP Rakan Muda iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.

Tegasnya lagi, khusus kepada murid Tingkatan Empat, mereka akan dikelompokkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan dipantau oleh dua orang pelajar yang telah menerima anugerah Tahap Perak. Saranan beliau untuk terlibat dan menjayakan ARP Rakan Muda mendapat temukan gemuruh dari pelajar.

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2013

Sedang dikemaskini