2. KEMAHIRAN

KOMPONEN KEMAHIRAN
(RAKAN INOVASI / RAKAN SENI BUDAYA /RAKAN WIRAUSAHA / RAKAN SIBER)

Objektif : Untuk menggalakkan penerokaan dan pembangunan kemahiran diri dalam aspek infomasi, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya.

Peserta perlu memili hanya satu (1) Kemahiran dan melibatkan diri dengan kerap sekurang-kurangnya dalam tempoh minima yang ditetapkan.

Terdapat pelbagai aktiviti kemahiran yang boleh anda pilih. Antaranya adalah :
  • Teknologi - komputer , kemahiran membangunkan perisian tertentu
  • Seni - seni bina , lukisan , tulisan khat
  • Komunikasi - produksi filem dan majalah , penguasaan bahasa lain radio amatur
  • Kraftangan - pembuatan bakul , jahian baju , pembuatan perabot
  • Alam semulajadi - pertanian , perhutanan ,perkebunan , penjagaan haiwan peliharaan
  • Nyanyian - solo , duet , koir
  • Tarian - ballet , tarian tradisional
  • Muzik - permainan alat muzik , kumpulan perancangan
  • Drama dan teater - lakonan teater , komedi
KOMPONEN KEMAHIRAN

1. Rakan Muda Inovasi
Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan teaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Kemahiran Hidup, Seni Visual, Lukisan Kejuruteraan, Landskap dan Nurseri dan Persatuan Sains dan Matematik.

2. Rakan Muda Wirausaha
Bercita-cita menjadi ahli koperat dan ahli perniagaan. Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Koperasi Sekolah, Persatuan ekonomi/ Sains Rumahtangga, Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi.

3. Rakan Muda Seni Budaya
Bakat semulajadi yang ada di dalam diri tidak harus dipersiakan.Sertai aktiviti ini melalui Pasukan Gamelan, Dikir Barat, Kelab Zapin, Kelab Choral Speaking, Pasukan Pancaragam, Persatuan Pendidikan Seni, Kelab Nasyid, Kelab Muzik dan lain-lain

4. Rakan Muda Siber
Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai satu flatform siber di mana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan menjadi ahli Kelab Komputer, Pusat Siber Rakan Muda, Pusat Internet Desa, Kolej-kolej Komuniti dan di semua Kompleks Rakan Muda.

No comments:

Post a Comment