August 29, 2012

TAKLIMAT PEREKODAN BUKU GANGSA DAN PERAK 2012

29 Ogos 2012 : Dewan Permata SMK Bandar Tenggara

Pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim
Pengetua sekolah, Tuan Hj Mohmad Hashim seringkali membawa cerita menarik yang berkait rapat dengan sesuatu program yang dilaksanakan di peringkat sekolah.

Kali ini beliau menceritakan syarikat komputer yang baru berjaya menyaingi syarikat besar dengan usaha yang gigih. Kesungguhan serta komitment seseorang pengurus itu dapat direalisasikan apabila mendapat kerjasama yang tinggi oleh orang bawahannya termasuklah kakitangan dan pekerja. Pelbagai inovasi telah dibuat. Akhirnya dikenali di mata dunia.

Kaitan ini ditujukan kepada pelajar sekolah ini jika ingin menjadi cemerlang kita perlu gigih, rajin, penuh komitment, memberi tumpuan dan fokus terhadap pelajaran. Fokus kepada bidang akademik dan dalam masa yang sama berupaya meningkatkan pencapaian kokurikulum. Usaha sekolah melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan satu inovasi yang berwawasan dan mempuyai matlamat yang jelas untuk membantu pelajar berjaya mendapat A dalam penilaian 10% markah kokurikulum.

Pemimpin ARPRM
Menyampaikan taklimat perekodan
Pemimpin ARP Rakan Muda peringkat sekolah, Ahmad Survi  menyatakan objektif utama program ini ialah untuk meningkat lagi Gred Purata Sekolah (GPS) di bidang kokurikulum. Pencapaian GPS Kokurikulum pada tahun lepas ialah 2.28 iaitu bersamaan 56.91 %. Seramai 88 pelajar mendapat gred A, 389 B, 211 C, 39 orang pelajar mendapat D dan tiada yang gagal. Pencapaian ini akan dapat ditingkatkan lagi jika pelajar yang mendapat D dan C dapat dikurangkan.

Penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui program ARP Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pelajar akan diberikan pertauliahan dan pengiktirafan melalui tiga tahap, iaitu Gangsa, Perak dan Emas.Di bidang kokurikulum ketiga-tiga tahap tersebut membawa markah bonus iaitu 5 untuk Gangsa, 7 Perak dan 10 untuk Emas.

Pengacara Majlis
Pn Nor Aiman Tajudin dan Cik Ainnezah Asni 

Sesi penggambaran
Calon-calon Peserta Perak 2012


Mengira jumlah bulan dan jam selari dengan
syarat penganugerahan
Mengisi borang penilaian ARPRM

No comments:

Post a Comment