October 19, 2012

PROSES PENILAIAN ANUGERAH PERAK - PELAJAR MENIMBA PENGALAMAN SEBELUM BERKERJAYA

20 Oktober 2012: Pengalaman pertama proses temuduga sebelum berkerjaya.

Peserta ditemuduga oleh pegawai Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Johor
Seramai 59 orang calon Perak SMK Bandar Tenggara bagi fasa pertama, bermula 18 dan 19 Oktober lepas telah menjalani temuduga untuk pertaulihan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajajaran Negeri Johor.

Fasa kedua nanti seramai 20 orang pelajar lagi akan ditemuduga pada 25 Oktober 2012 ini setelah menamatkan Penjelajahan Lasak di Tanjung Balau, Desaru Kota Tinggi.

Pengiktirafan ini berdasarkan 4 komponen yang perlu diselesaikan dalam tempoh satu tahun. Komponen tersebut ialah khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.

Pengalaman ini sangat berguna kepada pelajar sebelum mereka menceburi alam pekerjaan. Mereka berhadapan dengan penemuduga yang sudah tentunya memfokuskan kepada penampilan diri, penguasaan bahasa dan kecekapan berbicara, keyakinan, menyampaikan dan memberikan hujah serta idea seseorang individu.  

Turut menjadi panel temuduga ialah Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla yang baru sahaja bertukar ke PJBS Negeri Johor bulan Februari lepas. Dua panel temuduga lagi ialah Pegawai Rakan Muda Negeri Johor iaitu Hjh Supiati Sahuni dan Sivamani.

Pemahaman Konsep ARPRM - 20%
Penglibatan pelajar dalam ARPRM - 30%
Bersama urusetia JBS Johor Bahru, Halim.
Kelihatan ceria selepas temuduga Perak.

No comments:

Post a Comment