June 25, 2012

TAKLIMAT PEREKODAN PINGAT GANGSA DAN PERAK TAHUN 2012

20 Jun 2012: Bilik Seminar SMKBT

Peserta Gangsa
Modal insan yang mempunyai minda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangakan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan manusia yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Sehubungan dengan itu pelbagai usaha perlu dijalankan bagi memastikan matlamat tercapai. Antaranya ialah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang diperkenalkan di sekolah ini pada tahun 2009 telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan.

Peserta Gangsa/Perak
Pemimpin ARPRM Sekolah
Pemimpin ARP Rakan Muda Sekolah, Ahmad Survi dalam taklimatnya menegaskan bahawa peserta perlu memahami konsep, falsafah dan syarat yang digariskan oleh program ARPRM. Yang jelasnya kata beliau aktiviti-aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk melengkapkan 4 komponen tersebut iaitu Khidmat  Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Malah pelajar akan mendapat markah bonus untuk meningkatkan lagi pencapaian 10% markah kokurikulum, mengikut tahap yang diperolehi. Jika gangsa 5 markah bonus, perak 7 dan emas 10.

Peserta bolehlah merujuk kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan.

Bilik Seminar



No comments:

Post a Comment