22 Februari 2014: Anjuran Prauniversiti - Khidmat Masyarakat
Khidmat Masyarakat Peserta Perak ARPRM |
Pemangku Supt. Haji Rahmat Haji Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi turut hadir, menyampaikan ucapan rasmi dan melancarkan aktiviti konvoi bermotorsikal dari Balai Polis Bandar Tenggara ke Kampung Orang Asli Sayong Pinang sejauh 30 kilometer pergi dan balik.
Penyelaras program, Tuan Haji Zolkeple Jemadar dengan kerjasama Sub Inspektor, Yusof Muda ditemui berkata, program ini merupakan buat julung kalinya diadakan di sekolah membabitkan semua pelajar Tingkatan Enam Atas dengan menunggang motosikal masing-masing. Taklimat keselamatan jalanraya telah disampaikan oleh Sarjan Mohd Tawal Abdul Manap. Katanya lagi, tujuan utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat luar. Disamping itu, mereka sentiasa diajar untuk mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya.
LINK KE LAMAN BLOG KOKURIKULUM