October 6, 2013

PERKHEMAHAN RAKAN MUDA 2013

7 Oktober 2013: Gunung Pulai 2

Peserta perkhemahan di Gunung Pulai 2
Seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid tingkatan satu, dua, empat dan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah menyertai Perkhemahan Rakan Muda di gunung Pulai 2, Pekan nenas, Pontian.

Matlamat utama perkhemahan selama tiga hari dua malam yang dianjurkan oleh Pengurusan Kokurikulum sekolah dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Johor (PRK) ialah untuk meningkatkan jati diri murid dan pelajar sekolah ini kepada satyu tahap yang lebih baik.

Disamping itu antara objektif utama ialah mel;engkapkan komponen yang keempat iaitu penjelajahan lasak
dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Sekali gus layak untuk ditauliahkan tahap Perak atau  Gangsa pada tahun ini.

Secara tidak langsung markah sepuluh peratus kokurikulum dapat dipertingkatkan kepada satu tahap yang lebih baik lagi disamping menjadi seorang murid atau pelajar yang mempunyai keyakinan diri sebagai seorang pemimpin pada masa depan.

Link ke Program Perkhemahan Rakan Muda Sekolah
Link ke Bestari Net

July 30, 2013

MALAYSIA - HONG KONG YOUTH EXCHANGE PROGRAMME 2013

30 Julai 2013: Gunung Pulai II, Pekan Nanas, Pontian
Peserta-peserta Tahap Perak
yang mengikuti Program Penjelajahan Lasak dan Khidmat Masyarakat
Tahap Emas 2013
Tee Hoi Shuen
Peserta Tahap Perak Tee Hoi Shuen, Tingkatan Enam, SMK Mentakap, Pahang ditemui berkata, pengalaman selama seminggu mengajar saya untuk lebih berdikari dan menjadi lebih yakin tentang Program Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).Lebih-lebih lagi apabila bersama peserta rakan muda daripada Hong Kong.

Tee berkata, saya berusaha sendiri untuk terlibat dengan program ini dan berjaya memperolehi Tahap Gangsa dan Perak menerusi rakan karib dan bimbingan pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan NGO.

Tee mengucapkan tahniah dan "bertuah" kepada peserta Tahap Perak daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kulaijaya kerana inisiatif guru pemimpin dan pentadbir sekolah kerana melaksanakan ARPRM. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr Ravichandran yang banyak membantu bagi meneruskan perjuangan bagi mencapai Tahap Emas.

Link ke Berita Semasa

April 25, 2013

KURSUS PEMIMPIN BELIA RAKAN MUDA BERINTEGRITI TAHAP PERAK 2013 DI KOTA MINDA BERKESAN

KOTA TINGGI : 26 April 2013
Peserta kursus

Bergambar dengan IKHLAS dan pegawai JBS
Seramai 38 orang pelajar dan empat orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara terpilih untuk mengikuti Kursus Pemimpin Belia Rakan Muda Berintegriti Tahap Perak 2013 yang diadakan di Kem Motivasi Kota Minda, Batu 14, Jalan Kota Tinggi Mersing.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Indahpura. Jumlah keseluruhan peserta kursus iaah seramai 80 orang peserta.

Guru-guru yang turut sama menjayakan kem tersebut ialah Hafilah Hamzah, Hanifatiza Mohd Yusof, Munirah Sidek dari SMK Bandar Tenggara; Jefrey Mok, Khairudin Tolkah, Mohd Rahizat dan Rokiah And Kadir dari SMK Tunku Abdul rahman Putra dan SMK Indahpura, Kulaijaya.

Pelbagai aktiviti disediakan untuk peserta kursus, antaranya ialah pengucapan awam, menguji minda peserta melalui latihan dalam kumpulan, jungle tracking, rentas halangan, menyeberangi sungai dengan berakit dan lain-lain aktiviti membuatkan peserta kursus teruja sepanjang kem tersebut.

Kursus ini dikendalikan oleh  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama IKHLAS.

menguji minda semasa LDP

Ala komando

Menyeberangi sungai dengan berakit

peserta kursus
Pemimpin SMKBT

peserta kursus



March 25, 2013

SPEAKING ENGLISH CAMP

KULAIJAYA : 24 Mac 2013; Hutan Lipur Gunung Pulai 2

Speaking English Camp

Peserta Speaking English Camp seramai 17 orang didedahkan dengan cara dan teknik percakapan yang mudah dalam aktiviti perbualan seharian. Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dijalankan di Hutan Lipur Gunung Pulai 2, Kulaijaya anjuran Quantum Malaysia.

Taklimat pendakian




March 24, 2013

PESERTA PERAK MENJADI FASILITATOR SEMASA PERKHEMAHAN PANDU PUTERI

MERSING; 24 Mac 2013: Teluk Gorek, Mersing
Perkhemahan Pandu Puteri
Sri Jentayu, Telok Gorek Mersing
Nurul Nabila yang telah dianugerahkan tahap perak dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) oleh Kementerian Belia dan Sukan tahun lalu, memberikan khidmat kepada ahli-ahli Pandu Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara dalam perkhemahan selama 3 hari 2 malam di Telok Gorek, Mersing.

Baca lagi : Berita Penuh Perkhemahan

January 13, 2013

PERBENGKELAN PROGRAM RAKAN MUDA TAHAP EMAS PERINGKAT NEGERI MENCAPAI OBJEKTIF

13 Januari 2013 (Ssabtu): Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor

Penolong  Pengarah Rakan Muda Negeri Johor menutup rasmi perbengkelan
Tahap Emas Peringkat Negeri Johor
Bengkel Pengurusan Tahap Emas telah dihadiri oleh 50 peserta dari seluruh negeri Johor. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor, Noremelia Rosla di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor petang ini.

Ketua peserta bengkel Kamsani Subroto ditemui berkata, kami berterima kasih kerana mendapat peluang mengikuti bengkel selama 2 hari satu malam bermula Jumaat lepas. Banyak yang kami pelajari khususnya dalam pembuatan kertas konsep Projek Penempatan Remaja Perdana.

Katanya lagi Projek Penempatan adalah salah satu komponen wajib untuk setiap peserta tahap Emas disampiing komponen Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Penjelajahan Lasak yang perlu dilalui. Projek ini perlu memerlukan 5 hari 4 malam berturut-turut dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pemegang tahap Emas 2010, Ravichandran a/l Balasubramaniam yang merupakan Youth Representative : Asia Pacific turut memberikan tip-tip penting dalam ceramahnya.

Turut hadir dalam majlis ini ialah pegawai Khas Kementerian Belia dan Sukan Kebangsaan, pegawai-pegawai JBS Negeri Johor diketuai oleh Hjh Supiati Sahuni, Faezah, Halim, Hizri dan Helmi. Begitu juga guru pemimpin Program Rakan Muda Sekolah dari beberapa buah sekolah negeri Johor turut menjayakannya.



Pegawai JBS dan guru sekolah

Penyampaian sijil penyertaan

Pemegang Tahap Emas 2010
turut memberikan motivasi kepada peserta bengkel



Peserta bengkel bersama pihak penganjur


January 11, 2013

14 PESERTA PERAK SMK BANDAR TENGGARA MENGIKUTI PERBENGKELAN TAHAP EMAS PERINGKAT NEGERI JOHOR

12 Januari 2013 : Peserta Bengkel

Peserta Bengkel - sebelum bertolak ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor
Seramai 50 peserta dari seluruh negeri Johor terpilih untuk mengikuti Bengkel Pengurusan Program Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor bermula pagi ini.

Penyelaras Program Rakan Muda Rakan Muda SMK Bandar Tenggara, Hafilah Hamzah ditemui berkata seramai 14 orang peserta Perak dari sekolah ini dipilih untuk mengikuti program tersebut. Bagi yang belum menyertai, peluang sentiasa terbuka pada sesi akan datang.

Peserta Perak yang terpilih terdiri daripada Ummi Nadzirah Omar, Nur Aqilah Ahmad, Sur Syakila Ses, Muhammad Amirul Syafiq Azman, Siti Farah Mohd Moslihen, Siti Nur Aliyah Ta'alip, Nurul Khaira Khairi, Nurul Azwa Mohd Shariff, Nurul Shahiza dan pasangan kembarnya Nurul Shahira Majid, Nurul Nabila M . Zul, Nurul Shamella Tamirin, Nur Atikah Abu Hassan dan Nur Hidayah Roslan.

Mereka akan mempelajari aspek-aspek pengurusan, perancangan dan perekodan tahap Emas, membuat kertas kerja dan membentangkan projek yang dicadangkan pada sesi pembentangan. Penilaian dijalankan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Turut hadir ialah GPK Kokurikulum, SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi dan tiga orang guru pengiring iaitu Hafilah Hamzah, Ahmad Nazri Selamat dan Mustafa Yunus. 

January 10, 2013

BENGKEL PENGURUSAN PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHAP EMAS 2013

Tarikh : 12 dan 13 Januari 2013
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor

Tentatif Program
12 Januari 2013 (Sabtu)

08.00 - 09.00 pagi  : Pendaftaran Peserta
10.30 - 11.00 pagi  : Minum pagi
11.00 - 01.00 ptg    : Modul 1:
                                 Pengurusan Peserta Tahap Emas
01.00 - 02.00 ptg    : Makan Tengahari
02.30 - 04.30 ptg    : Modul 2 :
                                 Perancangan dan Perekodan Tahap Emas
04.30 - 05.00 ptg    : Minum petang
05.00 - 06.00 ptg    : Senaman Cergas
07.00 - 08.30 mlm   : Makan malam
08.30 - 10.30 mlm   : Modul 3 :
                                  Penyediaan Kertas Kerja
                                  Komponen Penempatan
10.30 mlm               :  Minum malam

Tentatif Program
13 Januari 2013 (Ahad)
07.30 - 08.30 pagi   : Sarapan pagi
08.30 - 10.30 pagi   : Modul 4:
                                  Pembentangan Kertas Kerja
10.30 - 11.00 pagi   : Minum pagi
11.00 pagi                : Majlis Perasmian Penutup

* Nota:
1. Palaian peserta - T'shirt Berkolar dan pakaian sukan
2. Peserta perlu membawa 2 keping gambar passport.