12 Januari 2013 : Peserta Bengkel
Seramai 50 peserta dari seluruh negeri Johor terpilih untuk mengikuti Bengkel Pengurusan Program Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor bermula pagi ini.
Penyelaras Program Rakan Muda Rakan Muda SMK Bandar Tenggara, Hafilah Hamzah ditemui berkata seramai 14 orang peserta Perak dari sekolah ini dipilih untuk mengikuti program tersebut. Bagi yang belum menyertai, peluang sentiasa terbuka pada sesi akan datang.
Peserta Perak yang terpilih terdiri daripada Ummi Nadzirah Omar, Nur Aqilah Ahmad, Sur Syakila Ses, Muhammad Amirul Syafiq Azman, Siti Farah Mohd Moslihen, Siti Nur Aliyah Ta'alip, Nurul Khaira Khairi, Nurul Azwa Mohd Shariff, Nurul Shahiza dan pasangan kembarnya Nurul Shahira Majid, Nurul Nabila M . Zul, Nurul Shamella Tamirin, Nur Atikah Abu Hassan dan Nur Hidayah Roslan.
Mereka akan mempelajari aspek-aspek pengurusan, perancangan dan perekodan tahap Emas, membuat kertas kerja dan membentangkan projek yang dicadangkan pada sesi pembentangan. Penilaian dijalankan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Turut hadir ialah GPK Kokurikulum, SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi dan tiga orang guru pengiring iaitu Hafilah Hamzah, Ahmad Nazri Selamat dan Mustafa Yunus.
Peserta Bengkel - sebelum bertolak ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor |

No comments:
Post a Comment